Shuib Tak Akan Basuh Telekung Putih Kegemaran Siti Sarah Selama-lamanya…

Pelawak dan Usahawan Shuib akui yang dia tidak akan basuh telekung kegemaran arwah isterinya, Siti Sarah untuk selama-lamanya kerana ia menjadi pengubat rindu buatnya.

Tak akan basuh telekung putih arwah

Walaupun jasad isterinya sudah tiada, hanya barang-barang peribadi termasuklah telekung berwarna putih yang sering dipakai oleh arwah isteri menjadi peninggalan yang amat berharga untuknya.

Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahuakbar.

InsyaAllah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana.

Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun ini turut memberitahu bahawa kehilangan isterinya bagaikan mimpi tetapi dia sudah mula untuk menghadapi realiti pahit berkenaan.

Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada.

‘Dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami’

Ujarnya lagi, dia menyifatkan anak keempatnya, Ayash Affan sebagai hadiah yang paling berharga daripada arwah Siti Sarah.

Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami.

Majlis Tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan secara maya itu dihadiri hampir 600 orang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Kosmo

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *