[VIDEO] Berkali-Kali Shuib Toleh Belakang Semasa Tinggalkan Pusara Arwah Siti Sarah Buat Ramai Seb4k -“Berat Nak Tinggal Isteri…”

Sekitar jam 1.45 petang semalam, selesailah sudah pengebumian jen4zah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak Kuala Lumpur.

Arwah meninggalkan suaminya, Shuib dan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni; 10, Dzahira Talita Zahra; 8, Ariq Matin; 6 dan bayi yang baru lahir, Ayash Affan setelah disahkan dij4ngkiti w4bak C0V1D-19.

Semasa van yang membawa jenazah tiba pada jam 12.35 tengah hari tadi dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia; sekumpulan penggiat media sudahpun menunggu di pintu masuk tanah perkuburan sebaik saja. Turut kelihatan berada di dalam kawasan perkuburan ialah suaminya Shuib dan ahli keluarga terdekat.

Di luar pagar tanah perkuburan pula adalah rakan media dan beberapa rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Menurut Shuib, di antara permintaan arw4h adalah untuk dikebumikan berdekatan kvbur arwah ibunya, Allahyarhamah Noor Aini Mohamad yang meningg4l dunia pada tahun 2013.

Permintaan tersebut dapat juga ditunaikan dan Shuib bersyukur apabila Allah SWT mempermudahkan urusannya.

Menerusi siaran lintas langsung yang dilakukan oleh beberapa platform media dari sana, hanya 10 orang saja termasuk Shuib yang dibenarkan untuk berada di sisi arwah sewaktu majlis pengebumian dilangsungkan.

Mereka semua perlu memakai persalinan PPE lengkap. Setelah majlis selesai, masing-masing melalui proses semburan sanitasi oleh petugas di situ sebelum dibenarkan melangkah pergi. Malah, tapak pengebvmian juga disanitasi sebagai langkah berhati-hati demi mengelak w4bak mereb4k.

Cukup seb4k suasana yang dirakamkan tadi apabila Shuib yang berada di tengah-tengah dilihat berulang kali menoleh ke belakang semasa beredar pergi dari tapak perkuburan isteri tercinta untuk menukar pakaiannya. Dia kemudiannya kembali ke situ untuk bersama-sama ahli keluarga terdekat.

VIDEO

Allahhyarhamah Siti Sarah menghembuskan n4fas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada jam 5.13 pagi semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : majalahremaja,  tiktok @allowifi

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.