Keadaan Siti Sarah Agak Ten4t -“Paras Bacaan Oksigen Menurun 40 Peratus”

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini.

Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup seb4k, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula.

“Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata.

Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

 

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.
Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

 

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof.

Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bert4rung ny4wa akibat C0V1D-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembed4han tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0V1D-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: bharian

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.