“Siapa Lagi Kalau Bukan Mereka..” -10 Penyelam Gadai Ny4wa Baiki Paip Rosak Dasar Sungai

KUALA TERENGGANU – Seramai 10 penyelam terlatih bergadai nyawa kerana perlu berdepan pelbagai risiko sepanjang proses membaiki kebocoran paip pada kedudukan 18 meter di dasar Sungai Terengganu.

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu (SATU), Burhanuddin Helmi Mohamed@Harun berkata, keadaan arus deras dan cuaca tidak begitu baik menyukarkan kerja-kerja membaiki kerosakan paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) itu.

“Proses pembaikian paip yang merentangi Sungai Terengganu itu kini memasuki fasa kritikal dan sedang giat dilakukan.

“Kita akui kerja-kerja membaiki paip di dasar sungai agak sukar kerana berdepan risiko selain jarak penglihatan yang terhad serta keadaan arus deras.

“Bagaimanapun usaha membaiki kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan terlatih dari Syarikat Sumai Engineering Sdn Bhd,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi meninjau lokasi kerosakan paip berhampiran Kampung Losing Feri, di sini pada Sabtu.

Mohd Khairuddin (kiri) meninjau lokasi kerosakan paip berhampiran Kampung Losing Feri, di Kuala Terengganu, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Burhanuddin menjelaskan antara tugas utama dilakukan buat masa ini ialah pemasangan ‘pipe alignment clamp’ bagi melancarkan kerja-kerja pembaikian paip yang rosak.

“Selepas proses ini selesai kita jangka usaha membaiki kerosakan paip ini hampir 70 peratus selesai dan kita akan mula memasang air pada tekanan rendah bagi mengesan sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, krisis bekalan air yang menjejaskan 28,000 akaun pengguna dalam Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin lalu dijangka selesai Rabu ini.

Menurutnya, ia berdasarkan proses kerja-kerja pengesanan kerosakan, penyediaan peralatan dan pembaikian yang cepat serta kepakaran yang ada oleh syarikat tempatan.

“Selepas pemasangan ‘pipe alignment clamp’ selesai, akan ada beberapa proses antaranya mengisi air ke dalam tangki yang memerlukan sekurang-kurangnya dua hari untuk penuh.

“Ia memerlukan masa dan kita harap penduduk terjejas dapat terus bersabar. Bagi penduduk berhampiran loji utama mungkin mendapat bekalan air lebih awal secara berperingkat,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: sinarharian

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.