Raffi Ahmad Sediakan RM58,000 Untuk Duit Belanja Isteri Setiap Bulan

PENGACARA dan pelakon Raffi Ahmad mendedahkan dia memberikan duit belanja berjumlah 200 juta rupiah atau lebih RM58,000 kepada isterinya iaitu Nagita Slavina setiap bulan.

Memetik laporan Liputan6, Raffi juga membenarkan isterinya yang sedang hamil cahaya mata kedua itu untuk mengendali bayaran yang diterima daripada YouTube.

“Saya beri duit belanja dekat Nagita dalam 50 juta rupiah, tiga kad kredit yang setiap kad itu ada 50 juta rupiah juga… jadi, keseluruhan 200 juta rupiah la.

“Nagita juga yang kendali duit yang saya terima daripada YouTube. Selalunya, kalau saya nak beli apa-apa, saya pakai duit saya sendiri,” kata Raffi.

Raffi berkongsi perkara tersebut ketika meluangkan masa bersama Andrey Taulany menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Untuk rekod, Raffi mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua selepas enam tahun menanti sekitar April lalu.

Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *