Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dalam Keadaan Baik, Namun Dia Masih Kr1tikal

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada usia kandungan lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki itu berada dalam keadaan baik namun memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, Sarah masih berada dalam kritikal dan belum sedarkan diri.

“Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.

“Cuma keadaan Sarah agak kr1tikal. Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga doakan sesiapa sahaja yang sedang bert4rung C0v1d-19 dipermudahkan urusan,” ujarnya.

ss

Perkongsian Shuib di Instagram miliknya.

Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah dipindahkan ke ICU di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang tervk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat j4ngkitan C0v1d-19.

Pada Jumaat malam acara bacaan Yassin secara maya akan diadakan yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun dan turut di sertai Al Fadhil, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti yang lain bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan papi (ICU) dipermudahkan.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan C0vid-19 sejak 25 Julai lalu.

SSS

Shuib berkahwin dengan Sarah pada 2011 dan memiliki empat cahaya mata termasuk bayi yang baru lahir.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif v1rus m4ut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *