“Tetap Tak Mahu Tutup Tempat Kerja” -Majikan P4ksa Staf Makan lvermectin Depan Muka

lsu majikan yang masih mementingkan keuntungan kerap kali menjadi perbahasan apabila begitu berat untuk menutup premis perniagaan walaupun sudah ada kes positif di syarikatnya.

Kakak positif Covid-19 sebab tempat kerja

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @lelakiserigala memaklumkan yang mereka sekeluarga perlu menjalani swab test kerana kakaknya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Kakak dan adiknya disahkan positif  dan lelaki berkenaan memberitahu majikan tempat kakaknya bekerja sangat tidak bertanggungjawab kerana memaksa pekerjanya yang mempunyai kontak rapat datang bekerja serta mengugut akan memotong gaji.

Majikan tak bertanggungjawab

Selang beberapa hari, pengguna Twitter berkenaan kembali memuat naik screenshot perbualan di group WhatsApp keluarga apabila kakaknya mendakwa majikan tempatnya bekerja memaksa pekerja menelan ubat yang dikatakan mampu melindungi daripada Covid-19.

Walau bagaimanapun ubat Ivermectin itu telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan pesakit Covid-19 kerana merupakan ubatan untuk haiwan dan tidak disahkan keberkesanannya.

Bagi pekerja makan ivermectin

Bos paksa makan depan dia

Kakak nak berhenti kerja

Makin ramai dah disahkan positif

Pengguna Twitter itu memaklumkan lagi yang swab test terbaru dilakukan pada pekerja-pekerja tempat kakaknya bekerja kian bertambah dan 23 orang telah disahkan positif .

Apa yang mengejutkan, majikan masih lagi menyuruh mereka yang positif terus datang bekerja.

KKM sahkan ivermectin untuk haiwan

Cari kerja baru untuk kakak

Bimbang akan keselamatan kakanya, @lelakiserigala telah memohon kepada orang ramai untuk mengiklankan kerja kosong kerana kakaknya memerlukan pekerjaan disebabkan seorang ibu tunggal kematian suami jika dia berhenti kerja.

Tak ada ke staf yang nak batuk bersin depan bos tu?

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa geram mendengar tindakan majikan yang begitu tidak berhati perut terhadap para pekerjanya.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengancam nyawa pekerja dan ahli keluarga tetapi turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Tak silap makan ni boleh makin teruk

Memang ada bos perangai macam ni

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: Twitter @lelakiserigala

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.