“GeIabah Cari Password…” -Tular Netizen B0ngkar Lee Zi Jia Putus Dengan Kekasih Kerana Badminton

Bagi yang pernah terlibat dalam cinta monyet di bangku sekolah pasti biasa sangat mendengar atau menggunakan alasan ingin putus hubungan dengan kekasih untuk fokus pelajaran.

Namun biasanya situasi itu sering berakhir dengan pelajar mendapat tahu bahawa kekasih mereka yang meminta putus sebenarnya mempunyai ‘couple’ baru.

Tetapi lain pula kes atlet negara, Lee Zii Jia yang baru sahaja keluar dari gelanggang Olimpik selepas kalah kepada Chen Long semalam, apabila netizen mengintip jauh ke dalam akaun Twitternya sehingga terjumpa sebuah posting lama yang menarik perhatian.

Dalam tweet bertarikh 19 Jun 2014, bintang badminton yang pada ketika itu baru berumur 16 tahun menulis, “Maaf jika saya sakiti awak, saya nak fokus badminton…” sekali gus mencuit hati netizen.

Ayat klise itu walau bagaimanapun ternyata bukan digunakan Zii Jia sebagai sekadar alasan untuk putus dengan kekasih, tetapi memang benar-benar untuk mengalihkan sepenuh perhatiannya kepada sukan berkenaan.

7 tahun selepas berpisah dengan kekasih zaman sekolah, Zii Jia akhirnya berjaya membawa nama ke pentas Olimpik, membuat netizen memuji komitmen dan kesungguhan pemuda berusia 23 tahun itu.

“Macam ni acceptable lah ni kalau melayu…”

“Member kalau nmpk ni confirm gelabah cari password…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.