“Ingatkan Dia Rakam Orang Yang Tengah Jalan Tu” -Rakam Video Sambil Baring Dalam Longkang, Tapi Hasilnya Lain Yang Jadi!

Kebanyakan dari kita bila berjumpa rakan ‘sekepala’ memang menjadi segala idea yang dirancangkan. Lebih-lebih lagi dalam kelompok lelaki. Tiada apa yang mustahil kerana semuanya akan menjadi.

Sama seperti dalam satu video yang tular di sosial media baru-baru ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan tiga orang sedang menjalankan ‘projek’ di tepi sawah. Seorang sedang berjalan di tepi sawah dan satu lagi menarik kaki seorang lagi yang sedang terbaring di dalam longkang berisi air.

Agak pelik bila cuba memahami apa yang mereka sedang lakukan itu. Namun bila diperhatikan sehingga hujung korang akan faham apa yang mereka sedang buat. Berikut adalah perkongsian tiga lelaki rakam video sambil baring dalam longkang yang dimuat naik menerusi TikTok dengan nama akaun @akiffiras20:

Buat hal betul mereka ini! Mula-mula ingatkan yang dalam longkang itu gigih nak merakam rakan yang sedang berjalan. Rupa-rupanya dia merakam mukanya sendiri. Perkongsian rakam video sambil baring ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan 3,000 likes. Berikut antara reaksi warganet selepas menyaksikan rakaman ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Ingatkan dia rakam baju biru rupanya rakam diri sendiri je”

Rakam Video Sambil Baring 3

“Saya pernah mandi air longkang lepas mandi lumpur dekat hajidorani”

Rakam Video Sambil Baring 2

“Ahahaha perlu ke bikin macam tu”

Rakam Video Sambil Baring 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *