lsteri Kepada Datuk Misbun Sidek Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada Hari Yang Mulia

ISTERI kepada Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek meningg4l dunia, Jumaat malam.

Berita pemergian isteri kepada legenda badminton negara itu dikhabarkan melalui akaun Twitter Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 9 malam.

“Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

“Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah,” demikian tweet MSN di akaun Twitternya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziah di Twitter.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Mohamad Norza.

Dilaporkan, Latifah sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif C0vid-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.