Farah Ann Trending Lagi!! Penampilannya Di Acara Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 Buatkan Lelaki ‘Cair’

Siapa saja tak kenal Nama ahli gimnastik Malaysia, Farah Ann?  Hari ini, nama Farah Ann tiba-tiba menjadi sebutan rakyat Malaysia dan trending di twitter. Nak tahu kenapa?

Ini kerana penampilannya yang memukau semasa dia melengkapkan langkah perbarisan di acara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Seorang pengguna twitter dengan akaun bernama @RaufHusin, telah berkongsi tweet gambar Farah Ann mengenakan pakaian tradisional melayu siap dengan berdokoh.

“Farah Ann macam biasa la, stunning as ever!!  siapa yang buat baju atlet kita eh? We deserve to know!”- tulis RaufHusin dalam tweetnya.



Perkongsian pengguna twitter meraih perhatian netizen sehingga mendapat lebih 8 ribu retweet dan 26 ribu tanda suka.

Ramai yang memuji penampilan Farah Ann dan pakaian yang dikenakan cukup menarik. Rupanya pakaian dari hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Dipetik dari Astro Awani, Corak geometrik pakaian 13 orang atlet tanah air yang terlibat dalam perbarisan adalah berasaskan segi tiga atau chevron yang memberi kesan rangsangan arah tuju yang jelas dalam mencapai matlamat pingat yang terbaik untuk negara.

Warna pemakaian tersebut diadaptasi dari Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna iaitu warna putih, kuning, merah dan biru.

Antara 13 atlet negara yang mewakili kontinjen dalam perbarisan adalah Ketua Sekretariat Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, tiga orang sektretariat, Norhashimi Hussain, Mohd Fawwaz Jamal, Azrul Hisyam Abdul Jalil, Ketua Pegawai Perubatan, Dr Kamarul Hashimiy Hussein.

Termasuk dua orang pembawa bendera, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying, tiga atlet terjun, Pandelela Rinong Pamg, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, dua atlet renang, Phee Jinq En dan Welson Sim Wee Sheng serta atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.