“Saya Orang Terengganu Tapi Jiwa Amerika,” -Masuk Penj4ra Baru Ameng Belajar Alif Ba Ta

“Dalam penj4ra tak ada muqaddam yang ditulis dalam rumi. Jadi, untuk belajar, saya tulis semula dalam rumi. Saya mulakan dari awal.”

Itu kata penyanyi, Ameng menceritakan pengalamannya belajar membaca al-Quran di dalam penj4ra satu ketika dulu.

Ameng berkata, sebelum dipenj4rakan, dia langsung tak tahu membaca al-Quran.

“Saya buta al-Quran. Saya orang Terengganu, tapi jiwa Amerika. Masuk dalam (penj4ra), baru nak belajar alif, ba, ta,” katanya.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkongsi perkara itu menerusi panggilan video secara langsung bersama pelakon, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.

Dalam video sama yang dimuat naik di saluran YouTube Suhan Channel, Ameng turut berkongsi mengenai makanan yang disediakan di dalam penj4ra di mana ia sebenarnya amat berkhasiat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameng Spring 🎤🎶🎼 (@amengspringofficial)

“Dalam penj4ra, bukan makanan teruk tapi cuma tak ada pilihan sebab makanan sama. Tapi, makanan itu berkhasiat. Contohnya ikan dan sayur, semuanya terpilih. Kebanyakannya berprotein. Minuman tak ada gula. Makanan pula direbus,” katanya.

Ameng juga mengajak Rosyam untuk bekerjasama dan membuat lawatan ke penj4ra serta mengadakan bengkel seperti lakonan dan penulisan skrip.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameng Spring 🎤🎶🎼 (@amengspringofficial)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameng Spring 🎤🎶🎼 (@amengspringofficial)

Ameng pernah dijatuhi hukuman penj4ra lapan tahun dengan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan d4dah.

Bagaimanapun, hukuman itu dipendekkan kerana kelakuan dan disiplin cemerlang Ameng sepanjang dalam tahanan hingga dia dibebaskan dari Penj4ra Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.