Norman Hakim Tayang Body!! Ramai Selebriti Kagum Dengan Bentuk Badannya Yang Terkini, Hot Daddy!!

Waima umurnya sudah menginjak 45 tahun dan berstatus bapa kepada enam orang cahaya mata, namun ia bukanlah alasan untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan kekar.

Ramai Kagum Dengan Badan Norman! 

Digelar ‘Hot Daddy’ oleh rata-rata peminat,rakan-rakan selebriti seperti Dato Sri Aliff Syukri, Hairul Azreen, Anding, Sean Lje dan Salina Saibi turut kagum dengan bentuk badan pelakon Norman Hakim yang kekar.

Lebih mengejutkan, Norman turut mendedahkan tahap kolestrol dalam badannya juga telah turun dengan mendadak biarpun mempunyai sejarah kolestrol badan yang tinggi sebelum ini.

Utamakan Gaya Hidup Sihat

Jelas Norman, faktor pemakanan dan senaman memainkan peranan penting untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dan dia turut akui mengutamakan gaya hidup sihat lebih kepada kesihatan badannya.

“Saya bukan saja-saja nak rendahkan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata, tapi percaya atau tak, saya ada isu kolestrol sangat tinggi.

“Kolestrol saya mula naik awal tahun lepas (5.3 at 5/2/20). Masuk pertengahan tahun lepas (4/8/20) makin naik (6.2) sampai la ke awal tahun ni (6.6 at 30/3/21) dah cecah ke ‘boarder line’.

“Doktor cakap kalau pertengahan tahun ni tak turun jugak, saya kena buat angiogram untuk check takut ada blockages sebab saya dalam circle faktor keturunan.

“Saya curious sebab saya yang kaki fitness yang agak hardcore pun terjebak dalam isu kolestrol tinggi. Pendekkan cerita doktor jumpa selain dari faktor keturunan, faktor pemakanan adalah penyumbang utama,” tulis Norman

Dalam pada itu, Norman turut berkongsi foto terkini serta video rutin makanan hariannya sebagai rujukan buat orang ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Selain isterinya yang juga pelakon, Memey Suhaiza menyediakan makanan yang lebih sihat buatnya, pengambilan makanan tersebut turut dipantau oleh seorang jurulatih kecergasan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *