Semua Dah Balik Malaysia, Caprice Teruskan Misi Seorang Diri, Bakal Dedah Apa Yang Berlaku Selepas Ini

Menerusi perkongsian terbaru di Insta Story, penyanyi rap Caprice memaklumkan dia akan meneruskan misi seorang diri meskipun semua pasukannya sudah pulang ke Malaysia.

Menurut Caprice, perjalanan jihadnya kali ini paling menc4bar namun dia percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

GENGGAM bara api biar sampai jadi arang!

Mungkin itu menjadi prinsip pegangan penyanyi rap Caprice untuk meneruskan misi yang masih belum sempurna

Bagaimanapun dia tidak menyatakan lokasi yang bakal ditujunya nanti.

Pada Isnin, Caprice tampil memohon maaf kepada beberapa pihak termasuk pendakwah popular, Ebit Lew kerana beberapa tindakannya sebelum ini yang dibuat mengikut emosi.

Mengulas lanjut tentang keputusannya untuk tidak terus pulang ke Malaysia, Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir berkata dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.

“Ini adalah antara perjalanan yang sukar dalam hidup saya, selama kita berju4ng, berjihad dan beribadah.

“Tapi saya benar-benar percaya tentang hikmah, saya percaya ada alasan terhadap semua yang berlaku,” katanya lagi.
Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecew4kan.

Tambah Caprice, dia juga yakin satu hari nanti orang ramai akan faham tentang isu yang cuba disampaikan pada ketika ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Rumah Pahang di Cairo untuk selama tiga minggu ini.

“Saya amat hargai dan insyaAllah satu hari nanti saya akan buktikan my point, I will see you when I see you Malaysia.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecew4kan… saya minta maaf. InsyaAllah saya akan banggakan kalian, demi ummah, demi Malaysia,” katanya.

Caprice berangkat ke pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *