[VIDEO] Gadis Jumpa Bekas Suami Di PPV, “Mata Mamat Ni Penuh Seribu Kata…”

Biasanya sesebuah pasangan itu akan berpisah kerana tidak lagi sefahaman atau hubungan mereka terhalang oleh faktor keluarga mahupun kerja, dan kebanyakan hubungan yang tidak berjaya akan berakhir dengan burvk manakala perasaan terhadap pasangan juga berubah.

Tetapi ada juga pasangan yang mampu berpisah dengan baik demi kebahagiaan diri masing-masing, dan kekal berkawan seperti biasa selepas membawa haluan masing-masing.

Sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini baru-baru ini menunjukkan pertemuan seorang wanita bersama bekas suaminya ketika menghadiri temujanji sunt1kan vaks1n.

Sis ni dah bercer4i dengan ex husband dia 3 tahun lepas. Pergi PPV tak sangka dapat kaunter yang ex husband dia jaga. Part dia ckap perlukan ic tak ? “tak perlu, saya ingat semua tentang awak”

Dalam video yang dikongsikan, wanita tersebut dilihat berjalan ke kaunter setelah nombor gilirannya dipanggil, dan secara kebetulan individu yang duduk di kaunter berkenaan adalah bekas suaminya sendiri.

Bekas suami wanita itu yang bertugas sebagai sukarelawan menyambut mesra dirinya dan mengisikan borang wanita tersebut. Apabila wanita itu tanya jika dia memerlukan nombor kad pengenalannya, bekas suaminya menjawab bahawa dia masih ingat segala-galanya tentang bekas isterinya itu.

Walaupun telah berpisah sejak 3 tahun lepas, kemesraan antara kedua bekas pasangan tersebut membuat netizen cair dan sayu.

“Mata mamat ni penuh seribu kata yang tiada nokhtah…”

“harap berputik kembali…”

“tak jd good friend pn xpe atleast boleh bckp elok2…”

“heartbrokennya tgok…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.