“Ser4m Betul Tengok!!” -Budak Kecil Buat Muka G4ngster Bila Bergambar Dengan Nurse

Telatah kanak-kanak kecil memang ada kalanya mencuit hati orang dewasa lagi-lagi gelagat tidak dijangka mereka ini. Sama macam yang dikongsikan seorang jururawat ini tentang telatah seorang budak kecil yang ditemuinya baru-baru ini.

Biasanya apabila bergambar dengan budak kecil, mereka pastinya akan berasa teruja dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi apabila melihat wajah mereka di skrin telefon. Namun lain pula reaksi yang diterima oleh jururawat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, jururawat itu dilihat sedang merakamkan gelagat seorang budak kecil di sebelahnya itu. Lebih mencuit hati, budak kecil itu tidak memandang ke arah kamera sebaliknya memandang jururawat itu.

Bukan itu saja, dia juga siap memandang wanita itu dengan reaksi muka seolah-olah tidak berpu4s hati dengannya. Malah jururawat itu juga dilihat cuba menahan ketawanya apabila melihat reaksi gangster dari budak kecil itu.

budak kecil

Lebih melucukan, budak kecil itu kekal memandang jururawat itu dengan reaksi muka tidak puas hati sehinggalah ke penghujung video. Walaupun masih muda, ada yang menyamakan reaksinya itu seperti reaksi orang dewasa sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi kanak-kanak itu. Ada juga yang berseloroh mungkin kanak-kanak itu ada tidak berpuas hati dengan jururawat itu sebelum ini.

“Tak berkelip!”

budak kecil buat

“Macam aku bila orang pandang aku auto pandang atas bawah.”

jururawat

“Ni dia mesti kata tolong jangan rakam tapi awak rakam juga ni. Kan dah kena jeling tajam.”

komen

“Dia macam kau pehal.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *