“Mek Tak Makan Dah Berapa Hari…” – LuIuh H4ti Netizen Tengok Nenek Uzur Berniaga Demi Sekampit Beras

Seorang nenek uzur yang berusia 87 tahun meruntun hati wargamaya apabila masih gigih berniaga demi mencari sesuap nasi.

Menerusi laman sosial TikTok, seorang pengguna Hanif Asyraf berkongsi video nenek tersebut yang menjual barangan masakan seperti buah nanas, asam keping dan serai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Nenek yang menaiki teksi sendirian dari Selising yang jaraknya hampir 40 minit dari Kota Bharu itu difahamkan sudah hilang penglihatan.

Malah, tujuannya berniaga adalah untuk meraih wang ringgit bagi membeli sekampit beras kerana sudah lama tidak makan nasi berikutan kekurangan duit.

“Tak berniaga, nak makan apa. Sekarang duduk sorang. Berapa hari dah mek tak makan nasi. Tak ada duit nak beli beras. Mek makan biskut kering dua keping ja. Ni pun air orang bagi.

“Mek datang nak buat beli beras satu kampit ja. Dapat beras, mek tak datang dah. Kalau awak tak keberatan, mak mintak duit RM5 je nak beli beras,” ujar nenek tersebut sewaktu ditemubual di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat keadaan nenek tersebut yang hidup serba kesusahan.

Malah, ramai yang ingin menghulurkan bantuan dari segi keperluan makanan, wang ringgit dan ada yang menawarkan diri untuk menjaga nenek tersebut.

“Allahuakhbar…tiba-tiba seb4k. Semoga nenek ni diberikan kesihatan yang sihat. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan amin.”

“Weii dengan aku sekali n4ngis. Semoga dalam jagaan Allah selalu mek. Aku takde mak dah. S3dih sangat tengok video ni.”

“MasyaAllah..Datangkanlah hamba Allah untuk membntu mereka yang macam ni di luar sana ya Allah. Semoga nenek ni dilindungi.”

“Aku tak tahu kenapa, aku suke orang sikap macam ni. Semoga aku dan orang pon boleh jadi macam dia amin.”

“Please help her. I wonder how she survived by herself without anyone. Where’s her family? Where’s her children? May God bless her.”

“Kat mana makcik ni? Sape tahu info, cikna nak tanggung dia sampai dia hembus nafas terakhir dia.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *