“Jangan Guna Gambar Sufian Suhaimi Atau Remy Ishak Pulak” – Suhaimi Saad Ramal Hari Kem4tiannya Sudah Dekat?

Bekas penyanyi nasyid sensasi, Suhaimi Saad seakan-akan memberikan bayangan mengenai hari kem4tiannya yang dijangka sudah semakin hampir.

Tulis Suhaimi menerusi hantaran di Instagram, dia turut meninggalkan pesan berupa wasiat gambarnya untuk digunakan sekiranya dia sudah tiada nanti.

“Nampaknya hari kem4tian SS (Suhaimi Saad) semakin mendekat. Masya-Allah.

“Jadi nak la sampaikan sikit wasiat. Kat sini ada 3 keping gambar. Pilihlah salah satu untuk buat hebahan tentang kematian SS nanti.

“Jangan guna gambar Sufian Suhaimi atau Remy plak,” pesannya.

Selain itu, Suhaimi turut meminta peminatnya agar membacakan doa seperti yang ditulisnya pada ruangan kapsyen Instagramnya.

“Lagi satu, tak perlu tulis alhamdulillah. Tu bahasa bumi datar. Cukup inna lillahi wa inna ilayhi ro ji’uun.

“Lepas tu hadiahkanlah doa ni; Allahummagh fir suhaimi saad, warhamhu wa ‘a fihi wa’fu ‘anh,” tambahnya.

Suami kepada bekas penyanyi Ina Naim itu juga turut menghalalkan hutang individu lain padanya dan seandainya ada yang masih berhutang boleh berhubung dengan isterinya.

“Yang mana ada berhutang dengan SS, SS halalkan. Yang mana nak tuntut hutang SS, boleh deal dengan Ina Naim eh.

“Royalti tahunan SS ada lagi, tak langsai sekali gus, boleh bayar sikit sikit. Tahun depan ada lagi insya-Allah,” kata Suhaimi.

Ketiadaannya kelak tambah Suhaimi diharapkan agar tidak terus menjadi bahan kec4man dan fitn4h netizen sebaliknya menjadi kenangan terindah.

“Bermula saat tu, stop la kec4m, kvtuk atau fitn4h SS lagi. Jangan ikut perkara atau contoh yang tak baik,ok.

“Mudah-mudahan kematian SS nanti akan bagi banyak kebaikan dan keinsafan pada seluruh ummat khususnya rakyat malaysia.

“Tiap kali korang teringat, mimpi, nampak gambar SS atau dengar lagu-lagu yang pernah SS nyanyi, jangan lupa doakan ya. Terima kasih semua,” pesannya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.