[VIDEO] “Sampai dah tak Iarat bangun” –BerIari Usung Pes4kit Pengs4n, FrontIiner Reb4h Kepen4tan Atas Jalan

Kes Covid-19 terutamanya di Selangor tak menunjukkan penurunan sejak beberapa bulan lepas walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dijalankan.

Disebabkan ini juga, sejak akhir-akhir ini Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati, Shah Alam (CAC Stadium Malawati) dibanjiri orang ramai yang telah disahkan positif.

Dikatakan, ribuan pesakit Covid-19 telah pun tiba di CAC Stadium Malawati sejak jam 6 pagi lagi bagi melaporkan diri.

Dalam gambar-gambar dan video-video yang dikongsikan di media sosial, dapat dilihat orang ramai beratur panjang di CAC tersebut termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas.

Tak cukup dengan itu, frontliners dilihat terkejar-kejar cuba melayan serta memberikan rawatan cemas kepada orang-orang di sana yang tiba-tiba pengsan dan sebagainya.

Frontliner rebah kepenatan atas jalan

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat tiga petugas berlari membawa katil pengusung kerana tiba-tiba ada seorang pesakit pengsan ketika menunggu giliran.

Lebih menyedihkan, selepas tiga petugas ini berjaya meletakkan pesakit yang pengsan ke atas stretcher dan berlari untuk memberikan bantuan kecemasan, katil yang dibawa mereka tiba-tiba terjatuh.

Mungkin terlalu penat, dalam video yang lain dapat dilihat salah seorang frontliner yang turut terjatuh bersama katil tersebut telah merebahkan diri di atas jalan dan tak larat nak bantu dua rakannya yang cuba untuk naikkan semula pesakit yang pengsan itu.

“Frontliner yang jatuh tu dah tak larat nak bangkit dah”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video ini memahami keadaan frontliner tersebut yang kepenatan terpaksa terkejar-kejar melayan pesakit.

Selagi takde kat tempat dorang memang tak boleh bayang penatnya macam mana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published.