[VIDEO] Tak Ser4m Tapi Lucu! Gelagat Jin Masuk Islam Di TikTok Curi Perhatian

Tular di TikTok video wanita kerasukan jin mencuri perhatian ramai, ia kedengaran tiada apa yang pelik tentang kes seperti ini tapi lain pula jadinya bila jin dalam badan wanita yang dirasuk bersikap comel dan lucu!

Ya, jin mempamerkan gelagat yang lucu dan comel di hadapan ustaz yang cuba merawat wanita tersebut. Apatah lagi, gerak-geri jin tersebut kelihatan manja dan seperti keanak-anakan.

Jin Lucu Masuk Islam


Foto – TikTok @ffeexx

Dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Miss Fex (@ffeexx) ini, memperlihatkan telatah keanakan dan manja sang jin yang kemudiannya berjaya di Islamkan oleh ustaz yang merawat wanita berkenaan.

Dapat Gelaran Jin Paling Ceria Dan Manja


Foto – TikTok @ffeexx

Video yang tular ini meraih 1.3 juta tontonan di TikTok dan rata-rata ramai yang memberi gelaran kepada jin yang baru masuk Islam ini sebagai jin paling ceria dan manja. Tambahan lagi, jin tersebut kelihatan seperti tak sabar untuk memeluk Islam.

Apa-apa pun alhamdulillah kerana ustaz tersebut berjaya mengislamkan kesemua jin tersebut, dan sekaligus memulihkan wanita tersebut dari gangguan makhluk halus ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *