Gigih nak buktikan tak ikut bapa ke Turki, Twitter anak Azmin Ali diserbu netizen

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali melawat bangunan ikonik Hagia Sophia ketika berada di Turki.

Menteri kanan itu berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan minggu lalu mengunjungi Austria serta bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.

Ketika di Austria juga Azmin berkesempatan mengunjungi sebuah syarikat semikonduktor di Loeben.

Turkey Local Guides, yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong, hari ini menyiarkan di Instagramnya foto Azmin di Hagia Sophia, sebuah tempat bersejarah dan pelancongan yang terkenal di Istanbul, Turki.

Turkey Local Guides itu menulis kapsyen mengatakan Azmin mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya buat rakyat Malaysia naik angin.

Anak Azmin Ali tak tahu mcm mana lagi nak buktikan mereka ada dekat Malaysia.

Amira Azmin memuat naik satu gambar di twitter untuk mengukuhkan lagi bukti keberadaan mereka di Malaysia, tapi malang sekali dalam tak sedar dia telah mengeruhkan lagi keadaan

Berikut adalah reaksi netizen yang berkias-kias menyindir Amira dan keluarga;

Akaun instagram itu pada awalnya berkata ia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”. Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : twitter @amiraazmin, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.