Issa Pernah MenggeIetar Masa Tidur, Mia Ahmad Sedari Hikmah Di Sebalik Dug4an -“Allah Izinkan Saya Fokus Pada…”

Pelakon Mia Ahmad menyedari hikmah di sebalik kejadian anak pertamanya, Sayf Issa yang mengalami masalah kesihatan tahun lalu.

Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, dia bersyukur kerana Allah SWT mengizinkannya untuk lebih menumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah.

“Satu perkara yang sangat bersyukur bila tahu Issa screen injury dulu ialah Allah izinkan saya untuk tumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah.

“Setiap hari saya akan penuhkan jadual dengan aktiviti anak-anak, belajar dari mereka yang berpengalaman dan mula menghargai masa,” tulisnya di Instagram.

Tambah Mia, kehadiran cahaya mata keduanya, Iris juga menambahkan keceriaan hidup.

“Tak pernah sangka kehidupan saya akan jadi macam ini, dengan hadirnya Iris bertambah keceriaan dan adakalanya depa bagi Mommy he4rt attack!” selorohnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

September tahun lalu, Issa pernah dikejarkan ke pusat perubatan kerana menggeletar ketika sedang tidur.

Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Issa dan Iris.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.