‘Diejek’ Kerana Pakai Plastik Di Kepala Datang Cucuk Vaksin, Tapi Tindakan Pakcik Ni Selepas Itu Buat Ramai Tersent4k

Seorang warga emas mencuri perhatian orang ramai apabila dia hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyarung plastik di atas kepalanya. Walaupun ‘fesyen’ lelaki berkenaan agak pelik, namun dalam diam dia memiliki hati yang baik.

Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh Universiti Sains Malaysia di akaun Facebook, kelihatan seorang warga emas yang berpakaian warna merah jambu hadir ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan menaiki teksi.

Lebih menarik lagi apabila dia memakai plastik di atas kepalanya sebagai alat perlindungan tambahan mengelakkan dirinya daripada dijangkiti virus COVID-19. Aksinya itu menarik perhatian ramai sebelum viral di media sosial semalam.

Pakcik ini datang ke PPV USM hari ini untuk mendapatkan suntikan vaksin. Dia datang dengan menaiki teksi dan penampilannya yang agak lain menarik perhatian orang dan menjadi bahan ejekan orang ramai.

Hulur duit belanja frontliner makan

Setelah selesai urusan pemberian vaksin, warga emas berkenaan di lihat pergi ke meja sekretariat PPV lalu menghulur wang untuk dibelanjakan kepada petugas PPV di situ.

Petugas barisan hadapan telah bekerja keras. Tolong belikan mereka makanan tengah hari.

Tindakannya itu benar-benar mengejutkan petugas dan menyentuh hati orang ramai. Akhirnya, warga emas tersebut dilihat pulang dengan menaiki teksi yang sama. Sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki tersebut.

Sumber : Universiti Sains Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.