“Amboi, Banyak Masa Makcik Bawang!!..” -Che Ta Ditvduh Tak Pandai Ajar Anak Jaga Aurat

“Lentoq buluh dari rebong. Nanti dah kegheh takleh ajaq dah.. o che ta!”

Selain artis yang menjadi tumpuan ramai, anak mereka juga tidak ketinggalan mendapat perhatian, sementelah lagi yang comel seperti anak Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Aaisyah, 7 yang minatnya suka berfesyen dan bersolek sentiasa diperkatakan oleh 1.6 juta pengikut di Instagramnya.
Namun, apabila ada fesyen yang diperagakan agak tidak sesuai dengan usianya, ada pula makcik bawang yang menegur supaya menutup aurat. Kemudian iannya pula dibalas oleh pengikut lain supaya menjaga tepi kain sendiri.

Maka, berlakulah perbalahan di alam maya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111)

Bagi netizen yang prihatin dengan aurat wanita, mereka merasakan adalah menjadi tanggungjawab Che Ta untuk mendidik Aaisyah supaya berpakaian sopan walaupun belum akil baligh.

Jika hendak berpenampilan begitu, boleh sahaja tetapi tidak menaikkannya di akaun media sosial, nanti menjadi tarikan pedofilia, kata mereka.

Bagaimanapun, teguran tersebut pula dibalas oleh para pengikutnya yang membela Che Ta dan Aaisyah. Lagipun, mestilah Che Ta sudah mengajar anaknya, itu kan sekadar pengisian sahaja.

Mungkin niat makcik bawang sebenarnya sekadar menegur agar tidak keterlaluan dalam pengisian di media sosial, manakala segelintir netizen lagi menganggap ianya tidak mengapa kerana Aaisyah masih lagi kecil. Anda pula rasa macam mana? – CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mforum.cari.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *