“Kami Bantu Orang Nak Ke ‘Rumah Terakhir’ Sahaja…” -Atu Dan lsteri Henti Bantuan PPE, Kumpul Dana Urus Jenazah Keluarga Susah

SERING ditanya tentang bantuan, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari berkata, mereka terpaksa berhenti memberi sumbangan berikutan wang simpanan yang semakin susut.

Shafeeqa, 34, berkata, keadaan kewangan mereka hanya untuk perbelanjaan keluarga berikutan suaminya sudah dua bulan tidak bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sebelum ni kami gunakan simpanan peribadi kami untuk projek PPE dengan harapan virus akan memulih secepat mungkin.

“Jadi bila sekarang nak teruskan bantuan lagi kali ni dah tak ada duit lebih. Simpanan yang ada hanya cukup untuk kami sekeluarga sahaja.

“Sekarang fikir nak survive dikala PKP, Atu pun job tak boleh nak buat, shooting pun masih tak dibenarkan, ” ujarnya kepada mStar.

shafeeqa

Perkongsian Shafeeqa di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Atu dan isterinya aktif menghulurkan bantuan dalam menyediakan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

Sekarang fikir nak survive dikala PKP, Atu pun job tak boleh nak buat, shooting pun masih tak dibenarkan

SHAFEEQA JOHARI

ISTERI ATU

Biarpun tidak aktif memberi sumbangan, mereka masih lagi prihatin dalam mengumpul dana membantu keluarga yang tidak mampu menguruskan jenazah.

“Sementara tunggu Atu dapat kerja… sambil-sambil kami bagi bantuan uruskan jenazah untuk masyarakat di Kudat, Sabah.

atuuu

Atu dan isterinya Shafeeqa sama-samamebantu golongan yang memerlukan.

“Kami usaha mengumpul dana membeli kit jenazah seperti kain kapan dan sebagainya.

“Maklumlah, kat sana bukan semua ada kad pengenalan yang boleh tuntut bantuan dari kerajaan, ” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *