NabiIa Huda dekatkan diri dengan Allah, mengaji Al-Quran sampai juzuk empat- “Saya juga dapat soIat dengan sempurna”

DUA tahun negara dilanda pandemik C0vid-19 banyak mengubah kehidupan pelakon Nabila Huda ke arah yang lebih baik.

Cerita Nabila, 37, paling ketara apabila dia mula mendekatkan diri dengan agama selain melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah dengan sempurna.

“Sepanjang PKP yang hampir memasuki dua tahun ni kadang-kadang rasa str3ss, tak bebas dan hidup dalam ket4kutan.

“Tapi dalam masa dua tahun ni juga terlalu banyak benda berubah dalam hidup… saya berubah ke arah kebaikan.

“Tingkah laku berubah, cara hidup berubah, saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan semakin rapat dengan mereka,” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Nabila Huda di Instagram miliknya.

Selain itu menurut Nabila, dia juga sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan Penciptanya.

“Saya dah belajar mengaji Al-Quran dan baca kitab setiap hari dengan kawan-kawan. Alhamdulillah sekarang dah sampai juzuk empat.

“Bukan tu saja, saya juga dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tak cukup lima waktu.

 

Saya masih berusaha untuk buat dengan baik… tapi sebenarnya saya tak terfikir pun tentang ni

NABILA HUDA

PELAKON

“Saya masih berusaha untuk buat dengan baik… tapi sebenarnya saya tak terfikir pun tentang ni,” katanya.

Menurut pelakon filem M4M4 ini lagi, dia juga berjaya melakukan tugas harian di rumah seperti mengemas, basuh dan sidai pakaian yang sebelum ini tidak dilakukannya.

“Sebelum ini saya boleh masak, tapi susah nak buat kerja-kerja rumah… saya tak pandai.

“Tapi syukur sangat-sangat, saya sudah berubah tau!” katanya dengan nada gembira.

Dalam pada itu Nabila menasihatkan orang ramai agar melakukan sesuatu yang bermanfaat di rumah bagi mengelakkan tek4nan ketika tempoh PKP sedang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Abil bersyukur banyak meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Katanya laporan berhubung pelbagai tindakan tidak wajar dilakukan termasuk k3s bvnuh diri akib4t tek4nan hidup.

“Saya doakan anda dijauhkan daripada kesus4han, sentiasa positif dan elak rasa str3ss. Cuba lakukan sesuatu yang menggembirakan.

“Sabar itu indah, Allah takkan uji sampai kita tak boleh nak tangani,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *