[VIDEO] Rider Foodpanda Pening Cari Rumah, Tapi PerbuaIan Dengan Anak Customer Pula Raih Perhatian

Kebiasaannya jika kita order makanan secara online, sudah pastinya tidak akan menjadi masalah bagi penghantar makanan untuk mencari rumah kita kerana semuanya ada di dalam sistem

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang viral di TikTok ini apabila seorang rider foodpanda tidak dapat mencari rumah pelanggannya.

Tetapi, rakaman suara perbualannya dengan anak customer di dalam telefon berjaya mencuri tumpuan warganet kerana ayat spontan daripada kanak-kanak itu membuatkan si rider foodpanda ini naik pening melayannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @umaisyaaa dipercayai kakak kepada kanak-kanak perempuan itu, kedengaran rider foodpanda berkenaan sedang menelefon ibunya untuk mencari rumah mereka.

Namun, kanak-kanak itu yang mengangkat telefon kerana ibunya sedang sembahyang. Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila dia cuba memberikan petunjuk tentang lokasi rumahnya.

Walau bagaimanapun, rider foodpanda itu semakin pening dan tidak faham dengan petunjuk tersebut. Akhirnya, kanak-kanak itu bertindak keluar dan tunggu di depan pintu pagar rumahnya sehingga makanan selamat dihantar.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas mendengar perbualan antara rider foodpanda dan kanak-kanak berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Says

Leave a Reply

Your email address will not be published.