AIha AIfa dikec4m rakam aktiviti huIur bantuan kepada 0KU – “PeIikIah… kenapa ustaz Ebit Lew orang terima, saya kena kec4m”

TINDAKAN jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang netizen di laman sosial.

Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.

Netizen kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada OKU.

“Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.

“Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan,” kata Alha kepada mStar.

 

Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah.

DATUK ALHA ALFA

JURUSOLEK ARTIS

Sebelum ini, Alfa memuat naik paparan skrin salah satu komen netizen yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan tersebut di laman sosial.

Biarpun berniat baik, namun tindakan Alha yang memaparkan wajah 0KU itu hanya membuka 4ib dan mem4lukan keluarga individu itu.

Alha akan terus memberi bantuan kepada golongan sus4h.

Walaupun begitu, kec4man dan krit1kan yang diterima tidak akan mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan sus4h.

“Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang… ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kec4m pula.

“Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya… tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.