[VIDEO] Kenduri Durian: PoIis Panggil 11 lndividu Bantu Siasatan,Datuk Mohd Rashid Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

BATU PAHAT- Polis telah memanggil 11 individu bagi membantu siasatan berhubung k3s kenduri durian yang membabitkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismal Dollah berkata, Mohd Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat itu juga akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kita telah berhubung dengannya (Mohd Rashid) dan beliau memberikan kerjasama serta memaklumkan akan hadir pada minggu ini sebaik pulang dari Kuala Lumpur.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan dan beberapa individu lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk Mohd Rashid yang ‘kenduri durian’ tanpa penjarakan sosial di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat.

Beliau bagaimanapun men4fikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah video lama, sebelum memohon maaf pada Rabu atas kekhilafannya berkait penjelasan berkenaan video tular dijamu durian baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.