Mufti Perak men1nggal dunia

Ipoh: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang disahkan positif Cov1d-19 minggu lalu, men1nggal dunia, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif w4bak Cov1d-19.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
 
Sumber : HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.