Elizabeth Tan jawab soalan peminat dengan suami, “She ngorat me first…”

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau turut mesra disapa Lizzy merupakan selebriti wanita kegemaran ramai dan pada Mac lalu dia mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati.

Elizabeth Tan bagaimanapun mengakui dia dan suami telah berkahwin selepas video dan fotonya bersama lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Siew Jim tular dimedia sosial.

Walau bagaimanapun, Elizabeth Tan dan suami yang tidak terlalu berkongsikan kisah mereka kepada umum membuatkan peminat juga ingin mengetahui tentang pasangan sama cantik, sama padan ini.

Nampaknya perkara itu tercapai apabila Elizabeth Tan akhirnya memuat naik video dia bersama Siew Jim di Instagram peribadinya yang mana dia menbuka soalan-soalan peminat terhadap dia dan suaminya itu.

Ternyata dia menerima banyak soalan dan menerusi video dikongsikan dia dan suaminya itu menjawab 15 soalan berkaitan tentang pertemuan mereka dan sikap suami penyanyi lagu Knock knock ini turut dibualkan.

Ruangan komen di posting video terbabit bagaimanapun sikap suami Elizabeth disenangi ramai kerana dilihat sporting dan cukup percaya dengannya.

“You guys are meant for each other…”

“Minat do jenis gini, jenis tak kesah apa orang kata. Takda nak up isu ni kedepan lagi”

“Tu tandanya suami Lizzy betul-betul percaya kat Lizzy. Trust each other…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *