Menitip Nasihat Tentang COVlD-19 Melalui Kisah ‘Khadeja’, Fazura Dipuji Berbakat

Peningkatan k3s harian COVlD-19 secara berterusan akhir-akhir ini menambah kegusaran ramai orang.

Turut merasakan hal sama, pelakon Nur Fazura yang tampil memberi nasihat kepada para pengikut di akaun Instagramnya melalui satu coretan kisah bersama ‘Khadeja’.

Khadeja ialah watak yang dibawakan beliau ketika menjayakan filem Langit Cinta.

Kisah yang diceritakan Fazura turut menyelitkan tentang tindakan membeli roti yang cukup sinonim dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Minggu depan, PKP akan mula di seluruh negara. Jadi, masa yang ada ni, Khadeja nak pergi kedai Uncle Lim, nak beli roti Gardenia. Nanti habis pula.

Naik basikal sendirian ni, beriadah sambil hirup udara segar, penting untuk kita jaga kesihatan, fizikal dan mental.”

Beliau memberitahu tentang pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal apabila berada di luar rumah.

“Sampai rumah Devi nanti, baru pakai topeng pelitup muka. Devi nak tumpang ke kedai Uncle Lim, jadi kami akan pakai topeng lah, untuk keselamatan kami, keluarga dan kampung. Fizikal dijarakkan tapi hubungan sosial dieratkan. Dulu masa sekolah, bila lulus ujian, mesti Uncle Lim berikan ais-krim percuma. Hubungan orang kampung memang erat.”

Selain itu, Fazura menyatakan tentang pihak yang ada menyebarkan berita palsu mengenai pengambilan vaksin serta perihal tugas petugas barisan hadapan yang penting sehingga tidak dapat pulang beraya bersama keluarga di kampung.

“Dari kedai Uncle Lim dengan sedozen roti Gardenia, kami ke rumah Pak Samad. Pak Samad suruh datang sebab anaknya baru mula bekerja di Sarawak. Dalam perjalanan, dari jauh boleh dengar suara Mak Kiah di tepi jalan. Kelab Bawang ke? Walaupun Mak Kiah pakai topeng, dengar jelas bebelan Mak Kiah dan matanya bulat. “Kamu berdua ada nampak Mak Teh? Kalau kamu nampak, kamu roger Mak Kiah cepat. Mak Kiah nak sental mulut Mak Teh kamu dengan berus sabut ni”.

Rupanya, Mak Kiah punya blood dah go upstairs. Mak Teh buat fake news tentang vaksin. Anak Mak Kiah, Kak Lin seorang jururawat, frontliner yang tak kenal penat lelah, dah 2 tahun tak balik beraya di kampung. Tahun depan Kak Lin bakal kahwin dengan Abang Fazli Neno. Neno tu sebab dia polis, bunyi siren polis. Kami tak sabar nak raikan pasangan adiwira frontliners kampung kami nanti.”

Pelakon itu juga memberitahu tentang amalan membantu orang lain dalam menghadapi waktu yang sukar kerana COVlD-19.

“Rupanya Mak Teh kat tangga rumah Pak Samad. Nampak kami, laju dia balik. Pak Samad gelakkan Mak Teh dan berikan kami cenderamata dari Sarawak. Semuanya cantik belaka. Nak balik ke rumah, hantar Devi. Mak suruh bagi roti kepada Aunty Lela, Aunty Lela pula kirimkan vadey. Kami sekampung ramai peniaga kecil, semua saling membantu.”

Akhir sekali, Fazura menasihatkan kepada semua agar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP dan mengambil suntikan vaksin sebagai usaha untuk menc3gah j4ngkitan.

“Jadi, masa PKP ni, patuhilah SOP, bantu frontliners. Ambil vaksin jika sudah daftar, dan daftar jika belum. Jaga kesihatan diri dan keluarga serta bantu para peniaga kecil. Bersama kita lindungi diri, keluarga dan masyarakat dari COVID. Oh, dan tolong doakan Mak Teh sedar diri dan selamat dari Mak Kiah. Terima kasih semua.

Lots of Love 💖”

Sementara itu, coretan pelakon ini menarik perhatian ramai yang memuji tentang jalan cerita yang ditulis untuk menyampaikan nasihat berkaitan COV1D-19.

Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia, patuhlah SOP yang ditetapkan dan jagalah diri sendiri serta insan yang tersayang.

 

Sumber: Instagram Nur Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published.