“Bayi Dalam Kandungan Maryam Tak Bersalah…” – Ryzal Mohon Jangan Hlna Anak

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim memohon berhenti menghlna atau mendoakan perkara yang tidak baik terhadap anak dalam kandungan isterinya, Maryam.

Menurut Ryzal, dia memahami kesalahan yang dilakukan dan menerima sebarang bentuk krltlkan yang diberikan kepadanya namun bayi yang dikandung isterinya itu tidak bersalah.

“Terima kasih kerana menegur saya. Saya sedar salah dan bertanggungjawab atas kesilapan saya buat.

“Saya tak memaksa untuk dimaafkan, saya memohon maaf atas dasar tanggungjawab kerana melukakan hati ramai pihak terutama orang Sarawak khususnya kaum Iban.

“Kepada rakan artis dan penggiat seni di Malaysia, saya mohon maaf jika isu ini memberi kesan bruk kepada industri tanah air.

“Saya amat berharap semoga tiada perbalahan atau kebencian pada mereka yang mungkin sama terkesan aklbat kata-kata saya.

“Kepada orang Sarawak, saya menerima segala bentuk penyelesaian permohonan maaf secara terbuka di mana-mana persatuan Borneo atau Iban yang berkenaan.

“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas teguran, nasihat dan perkongsian tentang budaya dan khazanah pakaian tradisional Iban.

“Tiada yang lebih baik dari memperbaiki kesilapan. Saya akui kesilapan ini dan kesal dengan apa yang berlaku.

“Permohonan maaf ini juga adalah pengajaran untuk saya dimasa hadapan supaya tidak akan mengulangi perkara sama samaada bergurau terhadap pakaian, makanan, bahasa dan apa-apa bentuk khazanah atau budaya yang perlu dihormati.

“Jujurnya saya tiada niat untuk menghlna mana-mana pakaian kaum dan bangsa, jauh sekali bersifat perkauman.

“Maafkan jika permintaan saya ini keterlaluan. Saya hanya meminta supaya sesetengah pihak tidak melibatkan anak dalam kandungan isteri saya ? yang tidak bersalah.

“Saya mohon supaya tidak membuat fltn4h terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum melihat dunia.

“Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas 2 tahun dalam bahtera perkahwinan.

Saya faham kemarahan ramai pihak, saya tidak salahkan kamu, ia berpunca dari saya yang mencetuskan keadaaan tapi saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami. Kepada mereka yang keterlanjuran menyebar fltn4h anak kami, saya maafkan,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Menerusi kenyataan yang sama, Ryzal juga memaklumkan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung.

“Untuk makluman, saya akan membuat permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada hari dan waktu yang akan diumumkan,” tulisnya.

Terdahulu, Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain bvruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.

Malah Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.

Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *