Awas dengan kemunculan Happy Hypoxia

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, ‘Happy Hypoxia’ dalam kalangan pes4kit Cov1d-19 yang menjadi pembvnuh senyap tidak bergejala.

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai peny4kit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa m4ut jika tidak dir4wat segera.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

“Tahap pernafasan pes4kit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

“Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas,” katanya kepada Harian Metro.

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Cov1d-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pes4kit Cov1d-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’.

“Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pes4kit Cov1d-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembvnuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dir4wat lebih awal, pes4kit Cov1d-19 boleh men1nggal dunia,” katanya.

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter’ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kem4tian dalam kalangan pes4kit Cov1d-19.

“Bagi pes4kit Cov1d-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap v1rus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.

“Sekiranya pes4kit Cov1d-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pes4kit sentiasa dipantau setiap empat jam.

“Jadi, bagi mencegah kem4tian disebabkan fenomena ‘Happy Hypoxia’ ini, pes4kit Cov1d-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli ‘Pulse Oximeter’ di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan meny3rang segelintir pes4kit Cov1d-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.

Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya meny3rang pes4kit Cov1d-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.