Uqasha Senrose Dipuji Kerana Tak “Meroyan” Ditegur Netizen, Terus Perbaiki Diri Lengkap Bertutup Menyediakan Makanan

Semakin seseorang itu dikenali maka semakin besarlah tanggungjawabnya kepada masyarakat. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang artis bahawa dirinya akan sentiasa diperhatikan dan apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikrit1k oleh masyarakat. Jika krit1kan itu membina ia sangatlah bagus dalam membentuk peribadi dan kematangan seseorang. Namun, jika ianya adalah krit1kan yang membvnuh pastinya ia tidak baik untuk diri sesorang. Lagipula artis juga hanyalah manusia biasa.

Pelakon, Uqasha Senrose dikritik semalam apabila melakukan live di Instagram untuk menunjukkan cara-cara penyediaan choco jar yang dijualnya. Ada yang menegur Uqasha tidak memakai sarung tangan, pelitup muka (facemask) dan juga tidak menutup kepala semasa menyediakan bahan makanan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Namun, keadaan bertukar pula apabila pengguna Instagram yang menegur itu pula dikecam oleh wargamaya yang lain kerana mungkin cara tegurannya yang agak kurang sesuai. Walau apapun, ada benarnya apa yang dikatakan tentang kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kebersihan dalam menyediakan makanan memang amat dititikberatkan di negara ini. Hal ini adalah kerana, makanan yang tidak bersih boleh membawa kepada penyakit dan kesannya mungkin teruk kepada diri seseorang. Oleh itu, apabila melibatkan makanan, penjual perlu peka dengan hal ini.

Sehari selepas ditegur, Uqasha muncul di live Instagram lengkap dengan memakai tudung, sarung tangan serta pelitup muka mengikut panduan pengendalian makanan yang betul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Uqasha yang professional. Tidak sedikit pun dia melatah. Sedari dirinya salah, Uqasha ambil teguran yang dilontarkan dan terus perbaiki diri. Uqasha turut berkata bahawa dia dapat mempelajari sesuatu daripada teguran yang baik.

Betul lah apa yang dikatakan Uqasha, kita semua sedang belajar dan teguran-teguran yang baik ini dapat membantu seseorang untuk perbaiki kesalahan mereka namun janganlah sehingga kita mengecam sehingga melukakan hati atau membuka aibnya. Apa pun, kita doakan agar perniagaan Uqasha dan Kamal Adli ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang meriah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *