Tengku Hassanal sumbang Elaun Diraja ke Tabung Cov1d-19 Pahang

Kuantan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung Cov1d-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Perkara berkenaan dikongsikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media sosial rasmi beliau hari ini, yang turut menjunjung kasih atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Pahang.

“Patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan digunakan sewajarnya demi menangani apa juga kemaslahatan berkaitan w4bak Cov1d-19,” katanya.

Kurniaan hari ini, dilakukan sehari selepas Tengku Hassanal berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine bagi membantu penduduk di sana yang diz4limi r3jim zi0nis Isr4el.

Selain itu, kurniaan kepada Tabung Cov1d-19 Pahang juga adalah kurniaan kali kedua oleh Tengku Hassanal yang sebelum ini berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama enam bulan ke tabung berkenaan pada 1 April tahun lalu.

Tabung Cov1d-19 Pahang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 khusus untuk membantu rakyat negeri ini terkesan dengan pelaksanaan perintah berkenaan yang perlu dilakukan bagi memutuskan penularan w4bak itu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.