Neelofa, suami dijangka did4kwa di mahkamah esok

Seremban: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka akan did4kwa di mahkamah di sini, esok berkaitan ingk4r prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum ini.

Menurut sumber mahkamah, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban atas kes4lahan mel4nggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini untuk membeli karpet.

“Kedua-dua mereka akan did4kwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Penc3gahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat J4ngkitan Kawalan Pergerakan).

“Pendakwaan dijangka pada 9 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.

Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular dan suaminya yang juga pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pel4nggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *