Nurse di Arab Saudi sebak dah 2 tahun tak dapat balik Malaysia, rupa-rupanya ada hikmah menanti di akhir Ramadan sampai ke Syawal!

DI SEBALIK p4ndemik Cov1d-19 yang semakin meruncing, Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan rakyat di negara ini dalam keadaan serba sederhana.

Selain larangan rentas negeri untuk pulang ke kampung, ada juga rakyat negara kita yang terkandas di luar negara dan tidak dapat pulang beraya di tanah air tercinta.

Menurut Surianee Ali, 30, jururawat di Hospital Raja Faisal di Riyadh, Arab Saudi, lebaran kali ini merupakan tahun kedua dia beraya jauh di negara orang.

“Saya dah setahun empat bulan berkhidmat di sini dan ini merupakan tahun kedua saya tak balik beraya.

“Suami, anak lelaki dan keluarga saya semuanya menetap di Pulau Pinang. Alhamdulillah pagi 1 Syawal sempat buat panggilan video dengan mereka.

“Sempatlah menangis, bermaaf-maafan. Terlalu banyak yang saya rindu dengan Malaysia. Rindu nak bersalaman dengan keluarga,” ujarnya ketika dihubungi mStar pada Khamis pagi.

Mesra disapa Surianee, kesedihan tidak dapat beraya di Malaysia bagaimanapun terubat apabila diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah pada hari terakhir Ramadan.

Surianee (tengah) bersama rakan-rakannya di Makkah.

Selain Surianee, tiga lagi jururawat Malaysia iaitu Nut Athirah Mazlan, Nazera Thaha dan Rosnita turut sama-sama menunaikan umrah sebelum mereka meraikan 1 Syawal di kota suci itu.

“Alhamdulillah. Biarpun saya dan tiga sahabat tak dapat pulang ke Malaysia untuk beraya, kami diberi peluang untuk menunaikan umrah pada hari terakhir Ramadan dan menyambut raya di Makkah.

“Dapatlah hilangkan kesedihan. Rasa bertuah sebab dapat beraya di sini. Sangat meriah di Makkah, ramai orang bersedekah makanan dan sebagainya.

“Sempat juga saya buat kuih raya, Cornflakes untuk dibawa ke Makkah. Itu yang paling senang nak buat.

“Alhamdulillah diberi peluang istimewa ini. Dengan norma baharu dan p4ndemik Cov1d-19, tak senang nak datang ke Makkah pada masa ini,” ujarnya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

Suami dan anak Surianee.

Tambah Surianee, kali terakhir dia pulang ke Malaysia dan bertemu suami, Mohammad Asmadi, 30 dan anak lelaki, Muhammad Faliq, 4, adalah pada Januari lalu.

Dalam temumbual sama, Surianee sempat menitipkan ucapan buat sanak saudara serta keluarganya yang berada di Malaysia.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk famili tercinta nun jauh di Malaysia.

Empat sekawan itu sempat menunaikan umrah sebelum meraikan 1 Syawal di Makkah.

“Minta ampun minta maaf kalau ada tersalah laku, terkasar bahasa, halalkan makan minum.

“Maaf tak dapat nak balik beraya untuk tahun kedua. InsyaAllah tahun depan kita beraya sekali.

“Jaga diri. Korang selalu dalam ingatan dan doa Onie,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.