Lelaki ‘Kant0i Bvsuk’ Menyamar Jadi Polis Pangkat ACP Masuk Balai Untuk Mohon Permit Rentas Negeri

Hanya guna gambar handphone berpakaian uniform polis lengkap, kononnya dapat lulus premit untuk rentas negeri tapi cubaan itu berubah jadi malang buat dirinya apabila dia ditahan.

Mengaku diri berpangkat ACP

Pada 7 Mei 2021 lepas, kira-kira jam 9.00 malam lelaki tempatan berusia 65 tahun itu datang ke Balai Polis Petaling Jaya untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohammad Fakhrudin Abdul Hami mengatakan bahawa, lelaki tersebut menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap dan mengaku diri sebagai pegawai kanan polis berpangkat ACP.

“Tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti sebagai pegawai kanan polis, suspek juga turut mengaku sebagai seorang yang berpangkat Dato’.”

SIARAN MEDIA ACP MOHAMAD FAKHRUDIN BIN ABDUL HAMID KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYAMENYAMAR SEBAGAI PENJAWAT AWAM BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN PERMIT RENTAS NEGERI

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Saturday, May 8, 2021

Disebabkan itu, pengadu yang merupakan anggota polis bertugas pada waktu itu telah meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan bahawa dirinya adalah pegawai kanan polis.

“Suspek gagal berbuat demikian. Sehubungan itu sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah menahan suspek kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam.”

Kata Mohammad Fakhruddin, suspek telah ditahan reman selama sehari dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 170 kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukvman p3njara maksimum 2 tahun atau d3nda atau kedua-duanya.

“Kesalahan menyamar sebagai penajwat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menyamar dan memalsukan sebarang dokumen bagi permohonan permit rentas negeri.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *