Aisha Amaira, Nur Fatima Aisya macam kembar!

RAMAI yang geram dengan kecomelan dan keletah anak kepada pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira menerusi sebuah video yang dimuat naik ibunya dalam Instagram baru-baru ini.

Diva yang tidak berapa suka dengan budak-budak pun boleh jadi cair tengok muka Aisha yang comel itu.

Selain mendapat pujian, ramai juga yang perasan sebenarnya wajah Aisha hampir seiras dengan wajah anak kepada pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.

Diva pun baru perasan wajah kedua-duanya hampir mirip seperti pasangan kembar. Comel dengan mata yang besar dan pipi yang gebu.

Apa-apa pun, Diva doakan supaya Aisha Amaira dan Nur Fatima Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Leave a Reply

Your email address will not be published.