Lepas viral posting h1na polis sebab roadblock, polis berjaya tahan wanita yang cuba tunjuk hebat di media sosial itu

Bila dah kembali laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, sudah pastinya polis akan kembali bertugas di lokasi sekatan jalan raya (SJR) yang ditetapkan. Kalau nak lepas SJR, korang mestilah ada surat kebenaran dari polis atau MITI.

Namun dek kerana mar4h ditahan polis, seorang wanita telah memuat naik kata-kata k3sat di laman Facebook berunsur ugvtan hingga menyebabkan dia ditahan polis semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, wanita yang bernama Diana Mat ini telah menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.

Antara yang ditulis wanita itu di akaun media sosialnya termasuklah ‘aku pusing balik aku rempuh korang’ dan ‘ kau dengan penj3nayah sama je’.

Siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat telah tular beberapa tangkap layar (screenshot) di media sosial hantaran pengguna Facebook tersebut dengan menggunakan perkatan k3sat dan berunsur ugvtan kepada pihak polis,” katannya.

‘Diana Mat’ kemudian telah berjaya ditahan polis sekitar jam 9.00 malam semalam. Pihak polis juga telah merampas telefon bimbit milik wanita tersebut dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebooknya.

“Susp3k akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tah4nan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur J3nayah bagi meneruskan si4satan,” katanya lagi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara j3nayah), Seksyen 504 Kanun Kes3ksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan m4rah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar).

Polis juga menasihatkan pengguna media sosial lain untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang mahupun jabatan.

Berhati-hatilah ye ketika meluahkan perasaan korang di Facebook. Jangan sampai keterlaluan. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Sinar harian via lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.