Polis Nilai panggil Neelofa, PU Riz. Sekali Tokey Karpet Muat Naik Satu Status

Nilai: Polis akan memanggil usahawan dan selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Riz untuk memberi keterangan berhubung d4kwaan mereka berada di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan PU Riz atau nama penuh, Haris Ismail, 26, akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, dalam masa terdekat.

“Kami telah menjalankan si4satan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3.

“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.

“Si4satan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021.

“Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di kedai di kedai menjual permaidani disyaki di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mend4kwa melihat pasangan terbabit di Nilai 3, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi mereka melakukan kes4lahan rentas negeri.

Neelofa dan PU Riz yang bernikah pada 27 Mac lalu sebelum ini dikenakan kompaun atas kesalahan mel4nggar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

‘Terima kasih Neelofa, Harris belanja di Nilai 3’-Taukey Karpet

Kuala Lumpur: Kontr0versi terbaharu membabitkan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terus hangat diperkatakan netizen.

Ia susulan tindakan bekas pengacara MeleTOp itu memuat naik video di Instagram Story memaparkan dia berada di kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Walaupun video itu sudah dipadam Neelofa, netizen terus bekerja dengan cekap bagi mencari bukti dia dan suami melakukan aktiviti rentas negeri seperti did4kwa.

Terbaharu, status did4kwa pemilik kedai karpet tempat pasangan itu berada tular di media sosial.

“Terima kasih Nilofa (Neelofa) dan Harris Ismail (Haris Ismail) blanja (belanja) ke Naeem Carpet Nilai 3 hari ini. Thinks (thanks),” tulisnya.

Dalam hantaran lain, netizen turut memuat naik swafoto lelaki itu bersama Neelofa dan suami yang ketika itu duduk dalam kedai itu.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suaminya, PU Riz sebanyak RM10,000 kerana kesal4han mela4ggar SOP ketika majlis perkahwinan mereka.

Pasangan suami isteri berkenaan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke Langkawi, Kedah di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.

Tidak terkecuali juga, seramai 20 ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana g4gal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah pada hujung Mac lalu.

Rata-rata netizan melahirkan kek3cewaan dengan sikap yang di tunjukkan oleh selebreti tersebut

Rentas negeri: Semua pihak sama di sisi undang-undang

Kuala Lumpur: Isu rentas negeri dalam kalangan golongan kenamaan, selebriti dan ‘instafamous’ baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dan perb4lahan antara netizen di media sosial.

Ia berlaku susulan tular gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di luar negeri ketika larangan rentas negeri sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Apa yang mengundang kem4rahan adalah pihak berkuasa dikatakan berat sebelah dalam mengambil tindakan undang-undang.

Aktivis masyarakat Azman Kang Abdullah berkata, tidak boleh ada ‘double standard’ dalam usaha membendung penularan C0vid-19 yang sedang meningkat di negara ini.

Menurutnya, kerajaan mahupun pihak berkuasa harus tegas dalam melaksanakan undang-undang terutama 1su rentas negeri yang menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

“Semua pihak tidak kira sama ada pemimpin politik, golongan kenamaan atau rakyat biasa adalah sama di sisi undang-undang.

“Kalau nak laksanakan (larangan rentas negeri), sepatutnya sama rata jangan ada VIP yang boleh dan rakyat biasa tak boleh.

“Tambah pula jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, biarlah saksama jangan ada orang yang balik kampung beraya sementara yang lain tak boleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Azman yang juga Presiden Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa kerajaan meneliti 1su itu dan menanganinya segera sebelum ia memudaratkan lagi keadaan.

Beliau berkata, kedaulatan undang-undang mesti dilindungi supaya tidak disalah guna sehingga keadilan tidak dapat dilakukan.

“Hari ini, kita hidup dalam negara aman damai. Jadi kita tidak mahu ada isu yang mencetuskan kem4rahan rakyat kepada polis dan kerajaan disebabkan ketidakadilan,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : trending sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.