PKP 3.0 bakal dilaksanakan di beberapa negeri… bazar Ramadan, sekolah akan ditutup, makan di restoran tak dibenarkan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilaksanakan di beberapa negeri mulai esok, demikian menurut sumber.

Negeri-negeri yang tertakluk kepada perintah tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menurut sumber, PKP yang baharu itu hampir menyamai PKP 2.0 yang dilaksanakan pada Januari lalu di beberapa negeri yang menyaksikan penutupan sekolah serta larangan mengadakan aktiviti sosial dan keagamaan, melainkan kegiatan ekonomi.

Difahamkan, di bawah pelaksaan PKP 3.0, orang ramai tidak lagi dibenarkan menikm4ti makanan di retoran dan kemungkinan penutupan bazar Ramadan.

Sumber juga memberitahu, kerajaan meneliti pelaksaan PKP 3.0 memandangkan ia bakal mempengaruhi Aidilfitri dan juga operasi bazar Ramadan yang dibenarkan sebelum ini.

Sumber memberitahu, pengumuman mengenai PKP 3.0 dijangka dilakukan pada hari ini.

“PKP di lima daerah di Kedah semalam adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara pada Jumaat. Tetapi kami memutuskan untuk melaksanakannya di Kedah lebih awal kerana keadaannya membimbangkan,” katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif c0v1d-19 secara mendadak.

Ujarnya, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penul4ran w4b4k berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

Ujar Muhyiddin, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penul4ran c0v1d-19.

Menurutnya, premis-premis yang berkenaan akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar individu positif c0v1d-19.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penul4ran j4ngk1tan c0v1d-19 secara bersasar,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu. – THE STAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.