Melampau! Foto Wany Hasrita jadi ‘modal’ lelaki gila s3ks… minta peminat report jika ternampak video jij1k itu di laman sosial

JIJIK dan melampau… sebuah rakaman video aksi tidak senonoh seorang lelaki memuaskan n4fsu dengan menggunakan foto penyanyi Wany Hasrita tular di laman sosial pada Jumaat.

Wany, 29, yang menyedari perkara itu atas maklumat pengikut laman sosialnya memohon orang ramai melaporkan video itu kepada pihak Twitter agar segera dihapuskan.

“Assalamualaikum… saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua yang DM saya berkenaan 1su video di Twitter tu.

“Saya sebenarnya tak boleh nak buat apa, cuma apa yang boleh saya buat report (melaporkan) benda tu,” katanya menerusi Instastory.

Sebelum itu, satu akaun Twitter memuat naik video seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan foto Wany Hasrita.

Pemerhatian di akaun tersebut mendapati pemilik turut memuat naik video aksi yang sama kepada foto wanita lain.

Wany minta peminat lapor mengenai video tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berharap individu berkenaan dapat menurunkan video tidak bermoral itu.

“Jadi saya nak minta jasa baik korang sesiapa yang terlintas dekat timeline atau ternampak benda (video) tu mintalah report sekali.

“Kita sama-sama report… insyaAllah nanti kut dia orang turunkan video tu ke… terima kasih semua!” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *