Tetap kena bayar! Sajat gagal elak langsai ganti rugi RM200,000

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dibvru pihak berkuasa gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada bekas stokis syarikatnya, OWA Resources.

Peguam yang mewakili OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan daripada NHA Advocates & Solicitors berkata, Sajat juga diarah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk membayar kos guaman sebanyak RM5,000.

“Keputusan notis usul kebenaran merayu ditolak oleh mahkamah.

“Akhirnya ia memulih serta mengukuhkan imej, reputasi dan jenama perniagaan anak guam saya yang dilanda kr1sis undang-undang, ekonomi dan persepsi negatif,” kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan kepada mStar pada Khamis.

Peguam Nurul Hadzah Hassan (kiri) berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan k3s s4man terhadap Sajat.

Terdahulu OWA Resources memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic di atas kegagalan syarikat usahawan tersebut membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh stokis itu di antara bulan Februari dan April 2018.

Sebelum k3s dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Januari 2020, plaintif Nurwati Hussin telah memenangi k3s pel4nggaran kontrak tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mahkamah Sesyen mendapati barisan peguam plaintif berjaya membuktikan pada keseimbangan kemungkinan yang ketiga-tiga defendan iaitu Sajat, Nur Sajat Aesthetic dan Ashaari Maznan telah mel4nggar kontrak perniagaan dengan Nurwati.

 

Keputusan notis usul kebenaran merayu ditolak oleh mahkamah.
NURUL HAFIDZAH
PEGUAM MEWAKILI OWA RESOURCES

Sajat sebelum ini juga pernah membuat laporan polis palsu mend4kwa kononnya plaintif menyel3wengkan wang syarikat dan melakukan p3cah am4nah sebanyak RM1 juta.

S4man balas Sajat terhadap Nurwati Hussin juga ditolak Mahkamah Sesyen setelah mendapati ianya adalah f1tnah dan anc4man undang-undang tidak berasas.

Sajat dikatakan bersembunyi di luar negara.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa anak guam bukannya penj3nayah seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini dan kemenangan k3s ini merupakan testimoni yang mahkamah bersetuju dengan semua bukti yang telah dibentangkan,” jelas Nurul Hafidzah lagi.

Untuk rekod Sajat masih lagi menjadi burvan pihak berkuasa dan dia kini dikatakan bersembunyi di luar negara.

Pada 23 Februari lalu, Sajat dikenakan waran t4ngkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula k3s berhubung dakw4an menghina Islam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.