Pelakon filem ‘Bukit Kepong’ Shamsudin Baslah men1nggal dunia, hasrat jumpa Yusof Haslam tak kesampaian

PELAKON veteran yang mula dikenali menerusi filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah men1nggal dunia di Hospital Tanjong Karang (HTK), Selangor kira-kira pukul 5.30 petang, Selasa.

Berita itu disahkan oleh Pengurus Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA), Sharil Hussein yang memaklumkan arwah yang kini berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir kerana s4kit tua.

Menurut Sharil, Allahyarham sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk berjumpa pengarah dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

“Dua minggu lalu, arwah cerita pada saya yang dia nak sangat berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam.

“Jadi, saya maklumkan perkara itu kepada pelawak Ebby Yus dan kebetulan dia ada datang ke pusat jagaan saya untuk menziarahi arwah.

“Walaupun arwah sudah tiada, saya akan pastikan hasratnya untuk bertemu Datuk Yusof Haslam tertunai,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ebby Yus sempat menziarahi arwah di pusat jagaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Sharil berkata arwah merupakan seorang individu yang periang dan disayangi penghuni serta staf pusat jagaan itu.

Difahamkan, Shamsudin ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Tua SRA oleh isteri keempatnya, sejak setahun lalu dan kos penginapan arwah di pusat jagaan itu ditanggung Lembaga Zakat Selangor.

J3nazah All4hyarham telah dibawa ke pusat jagaan terbabit untuk dimandikan dan dik4fankan sebelum dikebvmikan di Tanah Perkvburan Paya Jaras, Sungai Buloh.

Allahyarham yang aktif sejak era 1980-an dikenali melalui lakonan dalam filem Bukit Kepong pada 1981, Penentuan (1982) dan Bila Hati Telah Retak (1983).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.