Ismail Sabri Selamba Mkn di Warung Tepi Jalan, Siap Balas Komen. Sekali Ntizen Kata ‘Mesti PA Yang Reply’

Hampir 6 bulan lalu ketika negara dilanda pand3mik C0VlD-19, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia.

Selain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang akan membentangkan laporan harian kesihatan mengenai C0VID-19 pada jam 5.00 petang, wajah Ismail Sabri antara paling dinantikan.

Kemunculan beliau yang berperanan sebagai menteri yang menyampaikan laporan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian jam 2.00 petang sering mencuri tumpuan dengan penampilannya berbaju batik.

Sejak itu juga bapa kepada penyanyi Dafi itu sering berkongsi maklumat di laman sosial beliau, malah turut memuatnaik sebarang aktiviti yang tidak melibatkan perkara berkaitan urusan kerja dan negara.

Makan ikan singgang dengan budu

Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, Ismail berkongsi aktiviti bersama rakan-rakan menikmati juadah makan malam.

Apa yang mencuri tumpuan ramai, meskipun bertaraf seorang menteri utama, beliau dilihat tidak kekok untuk singgah makan di gerai biasa di tepi jalan.

” Sedap atau tak sedap makanan bukan bergantung kepada tempat makan..hotel 5 bintang ke, restoran 5 bintang ke, dalam pesawat ke, dalam cruise ke..

” Yang penting adalah “kena pada selera” kita walpun tempat itu di warung tepi jalan, di gerai, di hawkers, di food truck, nasi bungkus di gerai dan lain-lain..

” Satu tempat favourite saya di satu kawasan gerai di satu lorong off Jln Tuanku Abd rahman, gerai ikan singgang.. Masakannya kena pada selera saya..

” Ikan singgang, ikan tawar cicah budu, lidah masak merah, goreng ikan rebus, telur dadar garing style siam dan lain-lain. Huh…sambil menaip ni pun dah terliur..” tulis Ismail Sabri

Reaksi warganet, ada yang tak percaya Ismail Sabri sendiri balas komen

Perkongsian Ismail Sabri itu ternyata mendapat perhatian warganet apabila meraih tontonan sebanyak lebih 143 ribu ‘views’ dan lebih 400 komen.

Rata-rata memuji Parlimen Bera tersebut yang tidak kekok untuk makan di gerai biasa dan menikmati juadah yang sangat sinonim dengan makanan orang Kelantan itu.

Menariknya Ismail sempat membalas kebanyakan komen yang ditinggalkan sehingga ada beranggapan komen tersebut bukan dibalas oleh Ismail tetapi Pembantu Peribadi (PA)

” Terbaek ….Ni mesti PA Datuk Seri yang tolong reply kan” tulis Aljuma

Bagaimanapun sangkaan itu ditepis Ismail apabila membalas komen tersebut mengatakan dia sendiri yang menulisnya.

” Tak betul.. Ismail sabri sendiri yang reply” tulis Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : asia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published.