So sweet! Hannah Delisha teruja dapat berlakon dengan suami, Imam Shah pertama kali selepas berkahwin

SELEPAS mengumumkan sudah berumah tangga, aktres Hannah Delisha berkongsi perasaan teruja dapat bergandingan dengan suaminya iaitu pelakon Singapura, Imam Shah dalam sebuah drama Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, drama tersebut merupakan gandingan pertama mereka di Malaysia, malah selepas bergelar suami isteri.

“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.

Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.

Hannah dan Imam disatukan dalam drama Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat.

“Sangat teruja dengan drama ini, sila maafkan muka penat kami (dalam drama ini). Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar,” katanya.

Sementara itu, suami Hannah, Imam, 32, turut memuat naik satu foto di laman Instagram menunjukkan babak lakonan mereka dalam drama arahan Uchee Fukada itu.

 

Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura. HANNAH DELISHA PELAKON

One for the lady,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen gambar mereka sedang berpegangan tangan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan tidak sabar mahu menyaksikan naskhah yang menggandingkan pasangan selebriti ini.

Peminat teruja menyaksikan gandingan pasangan suami isteri ini.

“Awwww akhirnya lakonan bersama selepas berkahwin.

“Alhamdulillah suami dan isteri berlakon sama-sama.

“Bersemut, manisnya semoga hingga ke jannah,” komen netizen.

Selain Hannah dan Imam, drama lima episod yang turut dibintangi Hafreez Adam dan Shikin Kamal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di Astro Ria.

Hannah dan Imam diijabkabulkan pada 18 Februari tahun lalu di Singapura selepas lima tahun menyulam cinta.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.