Tasha Shilla selamat timang anak lelaki

PETALING JAYA – Bayi Ramadan. Pelakon Tasha Shilla, 34, selamat melah1rkan cahaya mata sulung di sebuah pusat pervbatan terkemuka di ibu negara semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon drama Kamar Kamariah itu dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tasha bagaimanapun tidak berkongsi wajah anaknya dan hanya memuat naik foto yang memaparkan tangan bayi comel itu.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dapat saya melah1rkan anak sulung lelaki kami pada Ramadan ke-12 semalam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.

Kongsi isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris itu, dia bersyukur dan berterima kasih terhadap semua pihak yang telah memudahkan proses kelah1ran anaknya.

“Saya sangat hargai semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersal1n ini.

“Kepada suami, terima kasih yang tidak terhingga dengan semua semangat, sentiasa membahagiakan dan menjadi suami soleh. Saya cintakan awak,” katanya lagi.

Untuk rekod, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.