Genap sebulan usia perkahwinan, Risteena rasa bertuah miliki Isa Khan

Pelakon Nur Risteena berkongsi rasa gembira meraikan usia perkahwinannya yang genap sebulan hidup bersama suami tercinta, Isa Khan.

Menerusi Instagramnya, Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, turut memuat naik sekeping foto romantis bersama suami berserta kapsyen ‘semanis kurma’.

“Hari ini (semalam) genap sebulan sebagai suami isteri. Saya berasa sungguh bertuah memiliki awak sebagai suami saya. Saya isteri yang sangat gembira.

“Hari ini, suami cakap nak bawa pergi dating makan sedap-sedap. Tak sabar. Okey nak pergi bersiap dulu,” tulis pelakon filem Blok 404 itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar Risteena dan suami kekal bahagia sebagai suami isteri.

“Suka tengok pasangan ini. Semoga kekal bahagia,” ujar salah seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah. Selamat menyambut Ramadan untuk kamu berdua,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

Adik kepada Risteena yang juga pelakon, Ruhainies juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mengusik kakaknya.

“Hari itu sehari, lepas itu seminggu, lepas itu sebulan, lepas itu dua bulan, lepas itu tiga bulan, lepas itu empat bulan. Masuk tujuh bulan saya nak block (sekat akaun),” tulis Ruhainies.

Untuk rekod, Risteena dan Isa Khan selamat disatukan sebagai suami isteri pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.